
Memaparkan catatan dengan label Cerita Jutawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Jutawan. Papar semua catatan
Sabtu, 26 Mei 2018
Sabtu, 2 Disember 2017
CEO Amazon paling kaya di dunia
CEO Amazon paling kaya di dunia
Kekayaan Jeff Bezos lebih AS$100 bilion, atasi pengasas Microsoft, Bill Gates
29 November 2017 3:00 AM
SAN FRANCISCO, California – Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos menjadi lelaki bernilai AS$100 bilion (RM410 bilion) kelmarin selepas laman runcit itu meraih keuntungan besar daripada jualan runtuh Black Friday hujung minggu lalu.
Senarai orang terkaya dunia dalam masa sebenar oleh majalah Forbes meletakkan Bezos di tangga teratas dengan nilai kekayaan peribadi AS$100.3 bilion (RM411 bilion).
Kekayaan bersih pengasas bersama Microsoft, Bill Gates juga meningkat kepada AS$89.4 bilion (RM366 bilion), namun beliau terpaksa berpuas hati sebagai orang kedua paling di dunia.
Bezos memiliki hampir 17 peratus pegangan dalam Amazon yang diasaskan olehnya di dalam sebuah garaj di Seattle pada tahun 1994 selepas beliau berhenti daripada kerjaya sebagai pengurus dana untuk menjual buku secara online.
Saham Amazon meningkat hampir satu peratus kelmarin untuk berada pada harga AS$1,200 (RM4,924) sesaham selepas tamat dagangan.
Berdasarkan harga pasaran saham semasa, nilai pasaran bagi Amazon yang berpangkalan di Seattle itu mencecah AS$576.3 bilion (RM2.3 trilion).
Data firma tinjauan pasaran, Adobe Digital Insights menunjukkan peningkatan beli-belah online jualan Black Friday dan Cyber Monday berjaya mencatat rekod baharu.
Amazon menjual pelbagai produk termasuk buku, filem, permainan, cakera video digital dan perisian komputer secara online. – AFP
Sumber : KOSMO online

Labels:
Cerita Jutawan,
Jutawan Dunia
Jumaat, 26 Mei 2017
mindaku: Jack Ma
Fikirlu: Jack Ma: Sempena Perlantikan Jack Ma sbg penasihat Ekonomi Digital Malaysia: Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China.. Wilson Jack M...
Labels:
Cerita Jutawan
Ahad, 21 Mei 2017
fikirlu: Petua Jimat Duit -1
fikirlu: Petua Jimat Duit -1: Anda mungkin biasa membayar bil utiliti setiap bulan.Bil api, air , kad kredit ,Astro , TM dan sebagainya.Pernah tak suatu hari semasa and...
Labels:
Cerita Jutawan
Rabu, 30 Mac 2011
Ciri-Ciri Jutawan
1.Seorang jutawan mempunyai disiplin yang tinggi dalam hidupnya.
2.Beliau bijak mengurus masa dengan sebaik mungkin.
3.Pembahagian masa yang teratur membolehkannya merancang setiap perkara yang ingin dilakukan.
4.Seorang jutawan tidak akan membuang masa dengan melakukan perkara yang dianggap membazir.

Labels:
Cerita Jutawan
Isnin, 6 Disember 2010
Pengasas Facebook Pindah Rumah
Bila dah jadi billionair setiap saat orang akan mengikuti perkembangan kita.Begitulah hal yang berlaku pada pengasas Laman Sosial Facebook.Baca berita yang dipetik dari akhbar KOSMO di bawah:
LOS ANGELES - Pengasas laman sosial Facebook yang bertaraf bilionair, Mark Zuckerberg, 26, berpindah dari rumah yang terletak di Palo Alto, California, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia keluar dari kediaman dua tingkat yang dilengkapi empat bilik tidur, perabot termasuk ruang belajar yang mempunyai satu komputer riba itu.
Setakat ini, lokasi rumah baru pengasas Facebook itu tidak diketahui.
Zuckerberg sebelum ini tinggal di rumah tersebut bersama teman wanitanya, Priscilla Chan yang juga merupakan bekas guru dan kini sedang mengikuti latihan sebagai pakar pediatrik.
Billionair itu pernah membenarkan kru-kru rancangan televisyen, Oprah Winfrey Show pada September lalu untuk merakamkan kediamannya.
Dia memilih untuk tinggal di rumah tersebut sejak dua tahun lalu kerana berdekatan dengan ibu pejabat Facebook untuk memudahkannya bekerja.
Zuckerberg dikatakan bekerja hampir 24 jam sehari.
Kediaman tersebut kini sedang disenaraikan di laman web untuk disewa dengan harga AS$7,850 (RM24,783).
Semasa menyewa, dia membuat perjanjian dengan tuan rumah dari sebulan ke sebulan.
Namun, pemilik rumahnya kini mencari penyewa yang menyewa rumah selama 12 bulan.
Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, rumah tersebut mempunyai ciri-ciri menarik seperti dapur yang dilengkapi ruangan, ruang tamu yang luas dan menghadap dapur serta tempat pemanasan badan. - Agensi
Sumber : KOSMO ONLINE
Labels:
Cerita Jutawan
Langgan:
Ulasan (Atom)