'MANFAATKAN MASA JAGA ANDA,NESCAYA SUNGAI REZEKI MENGALIR SEMASA ANDA TIDUR LENA'
Apabila kita menyebut pendapatan RM 43,200 sebulan , ramai insan berpendapat bahawa itu adalah pendapatan yang hanya diperoleh para doktor ,peguam ,jurutera atau arkitek profesional.Tidak terlintas di fikiran ramai insan bahawa pendapatan ini mampu diperoleh oleh seorang penjual botol atau besi buruk.
Hakikatnya jelas , ada penjual botol atau besi buruk yang menjadi jutawan.Walaupun kini dia tidak lagi menjual botol atau besi buruk , wang yang terkumpul kini adalah daripada sumber pendapatannya yang pertama itu.Dia belajar untuk menjadi jutawan hasil daripada pengalamannya meraih botol dan besi buruk , sedangkan pada pandangan orang lain itu adalah kerja yang rendah tarafnya.
Dalam banyak hal,pekerjaan yang pada dasarnya dianggap satu pekerjaan yang rendah hasilnya mampu memberi kan pendapatan yang tinggi hingga sukar dipercayai melainkan oleh orang yang tahu dan berpengalaman.Orang-orang ini berjaya kerana mereka berfikir dengan cara yang bijaksana , berfikir secara luar biasa, berfikir secara kreatif dan inovatif.
Ingatlah pendapatan RM43,200 sebulan ialah pendapatan sebanyak hanya RM1 seminit.Ramai insan yang berjaya dalam hidup sebenarnya mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada itu.Mereka ini berada di serata dunia.
Insan yang berjaya menggunakan sepenuhnya potensi dirinya, melaburkan masa jaganya(waktu siang) untuk perkara yang paling bermanfaat dan melakukannya sentiasa hingga ke tahap dia diberi ganjaran walaupun semasa dia tidur lena.(waktu malam)Itulah sebabnya bagi orang yang berjaya ,pendapatannya boleh dikira dalam konteks 24 jam sehari dan 30 hari sebulan.Sedangkan dia mempunyai banyak masa untuk tidur ,berehat dan bersama keluarga.Begitulah melimpahnya rezeki bagi insan yang rajin berusaha.
Sumber : Buku Ibnu Yusof -Menggali Telaga Emas