Ahad, 19 September 2010

Jutawan Datuk Low Boon Siew

Datuk Low Boon Siew  
   
  Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah 
yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu, kehidupan 
keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke 
sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja 
pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan 
keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk 
berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di 
sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk 
bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang 
berada di China. 
   
  Untuk memperoleh pendapatan lebih, pada sebelah malam beliau membasuh bas dan 
upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk 
berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang 
berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia 
kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas 
berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini 
mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. 
   
  Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan 
semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai 
bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk 
Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi 
ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British. 
   
  Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau 
ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan 
berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan 
siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. 
Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa 
untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang 
menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan 
hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, 
motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati. 
   
  Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai 
kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau 
mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan 
dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya 
di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah 
menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat 
setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional 
untuk berkhidmat dengannya.
   
  (Dipetik dari penulisan: Muhammad Amin Al-Farabi)
   
   ...bersambung:..
   
   
  
   

0 comments:

Catat Ulasan

Pengikut