Pada zaman dahulu terdapat seorang petani yang baik budi pekerti dan rajin bekerja keras.Beliau mempunyai beberapa orang anak lelaki yang malas dan tamak.Ketika nazak ,si bapa menyatakan kepada anak-anaknya bahawa mereka akan menemui harta karun kalau mereka mahu menggali tempat-tempat tertentu di kebun mereka.Tidak lama kemudian Si Bapa meninggal dunia.Anak-anaknya bergegas ke kebun dan menggali dari satu tempat ke tempat lain dalam kebun tersebut.Dengan keinginan yang semakin memuncak mereka menggali di tempat yang disebut oleh Si Ayah.Namun setelah berkali-kali menggali , mereka tidak menemui emas.Menyedari bahawa mungkin ayah mereka telah membahagi-bahagkan emas itu semasa masih hidup,mereka pun meninggalkan kerja menggali itu.Akhirnya terfikir oleh mereka,bahawa tanah itu telah terlanjur dikerjakan kerana asyik menggali,maka lebih baik ditanam dengan biji benih.Mereka pun menanam gandum, bahkan hasilnya tanaman gandum mereka menjadi dan melimpah-ruah.Mereka menjualnya dan menjadi kaya pada tahun itu.
Setelah berlalu musim , mereka terfikir lagi mengenai harta terpendam yang masih mereka tidak temui.Mereka pun terus menggali lagi ladang mereka ,tetapi sia-sia.Setelah bertahun-tahun lamanya , mereka pun telah biasa dengan bekerja keras.di samping pengetahuan mengenai musim ,mereka juga telah memahami proses penanaman gandum yang tidak mereka ketahui.Kini barulah mereka menyedari dan memahami cara ayah mereka melatih mereka.
Mereka pun menjadi petani yang jujur dan senang hati.Akhirnya mereka memiliki kekayaan yang cukup untuk membuat mereka melupakan sama sekali mengenai harta yang terpendam itu.
Sumber :Buku Menggali Telaga Emas , IBNU YUSOF
to succeed is just to copy cat.monkey see,monkey do.say the MLM'ers
BalasPadam