Semalam ,selepas keluar dari sebuah restoran ,sebuah BMW 7 Series berhenti betul-betul di hadapan saya.Pemilik kereta tersebut menegur saya.Alangkah terkejutnya saya,rupa-rupanya dia kawan lama saya.Sudah 5 tahun kami tidak berjumpa.Saya bertanyakan pekerjaannya sekarang.Beliau bercerita panjang .Cuma yang terkesan di hati saya kata-kata terakhir beliau, sebagai seorang usahawan kita perlu berani mengambil risiko dan berani untuk mencuba,meminjam kata-kata Billy Lim ,berani gagal setelah mencuba berkali-kali.Cuma masalahnya kebanyakan daripada kita tidak pernah mencuba,bagaimana kita tahu yang kita telah gagal.
0 comments:
Catat Ulasan